Ahad, 27 Mac 2011

Permata Hati

Aspek mendidik anak boleh memberi cabaran besar untuk membina keluarga bahagia tambahan sekarang ini kebanyakan ibubapa tidak faham pendekatan terbaik untuk mendidik anak.
Anak tidak belajar daripada apa yang diperkatakan ibu bapa , sebaliknya mereka membina karakter berdasarkan contoh yang dilihat setiap hari dalam rumah tangga.
Justeru itu, ibubapa tidak perlu terlalu bimbang jika anak sukar mengikut apa yang diperintahkan tetapi hendaklah risau apabila melihat tanda-tanda anak meniru sikap kita terutama sikap yang negatif.
Olehitu, beri gambaran kepada anak gambaran yang baik dan gunakan perkataan yang baik.Perkataan yang keluar dari mulut ibubapa adalah doa, jadi doakanlah yang terbaik untuk anak kita.

Rabu, 23 Mac 2011

Allah di utamakan jika ingin bahagia...

Umat Islam hari ini kebanyakkannya mengabaikan kepentingan hubungan dengan manusia menyebabkan mereka gagal mencapai kebahagian hidup berkeluarga dan masalah itu berpunca tiadanya perasaan taqwa.
Panduan Al-Quran dan Sunnah Rasulullah juga tidak diberi perhatian serius menyebabkan kebahagiaan hakiki yang dicari gagal ditemui walaupun sebenarnya, semua itu berada depan mata.
" Bagaimana hendak bahagia , Allah dan Rasulullah sudah menyediakan panduan didalam surah An-Nisa untuk kita semua ikut tetapi tidak mahu ikut juga. Apabila kata nak kahwin, ibubapa akan tanya putih ke hitam, hidung mancung ke tidak..."
" Ibubapa jarang sekali yang bertanya , baik ke tidak, menutup aurat ke tidak. Sedangkan bahagia dalam Islam itu ialah menjaga hubungan dengan Allah dan menjaga hubungan sesama manusia"
Kasih sayang dalam rumah tangga perlu di cari dan di semai dengan baja iman. Menjadi tanggungjawab isteri sebagai tiang keluarga untuk memastikan rumahtangga sentiasa disinari kasih sayang dengan mentaati, menjaga rahsia , harta benda dan tidak meminta sesuatu yang tidak termampu oleh suami. Suami pula sebagai ketua keluarga perlu sentiasa membimbing ahli keluarga, memastikan merrka memenuhi tuntutan agama selain menghiasi rumah tangga dengan solat , membaca Al-Quran serta pencarian ilmu.
" Banyak suami tidak tanya isteri sudah solat ke belum. Yang mereka tanya, masak apa hari ini dan jika tak masak , mereka marah tetapi jika isteri tidak solat mereka tidak marah pula..."
Untuk mencapai tahap cinta Khadijah dan Rasulullah antaranaya mengenali pasangan, memahami karenah mereka selain berlapang dada apabila menerima teguran.

Selasa, 1 Mac 2011

PUISI TERINDAH UNTUKMU.....oleh idial masri

Dalam lubuk kegelapan
Kau hadir dengan sinar
Memancar cahaya umpama Sang Perkasa
Memberi harapan yang tak sia-sia

Benar katamu dulu
" Menuntut ilmu,
Jangan lupa, jangan leka,usah putus asa
Ingatlah
Ilmu itu harta dunia
Kunci bahagia di syurga
Sekali kau alpa
Jiwa merana, badan terseksa"
Akan ku genggam madahmu itu
Ku semat erat di dalam kalbu

Aku menadah tangan
Menaruh seribu pengharapan
Agar dimuliakan segala muamalatmu
Atas usaha mendidik diriku

Bagai mawar mekar
Merahmu menyegarkan jiwa
Harummu mengindahkan dunia
Hadirmu membawa ceria
Pergimu meninggalkan luka
Menyakitimu, menikam jiwa

Hari ini
Esok,
Dan selamanya
Engkau guruku,
aku muridmu
Hingga akhir hayatku
Walau apapun yang berlaku

Terimalah puisi terindahku
Hanya untukmu
Terimakasih cikgu.

* Puisi ini adalah hadiah dari anak didik di bumi Sdar, SUKRAN....