Sabtu, 19 Februari 2011

Siapakah Hafsah binti Umar?

* Beliau adalah puteri Umar Al-Khattab, sahabat nabi yang terkemuka
* Bondanya ialah Zainab binti Maz'un , saudara perempuan kepada sahabat Nabi Uthman bin Maz'un yang merupakan insan pertama yang dimakamkan di Baqi'.
* Anak saudara kepada Zaid bin Al-Khattab, seorang yang Syahid dalam perang Yamamah.
* Ibu saudaranya ialah Fatimah binti Al-Khattab , yang merupakan salah seorang sahabat pertama yang masuk Islam, isteri kepada Sa'id bin Ziad yang dijamin Syurga.
* Abang Hafsah ialah Abdullah bin Umar yang dipuji oleh Rasullah SAWsebagai salah seorang yang soleh.
* Suaminya yang pertama ialah Khunais bin Huzafah..Syahid Badar
* Di Pinang oleh orang yang paling mulia iaitu Muhammad Rasullullah...

Renungan....

Assalamualaikum...Optimis...Orang yang Optimis sentiasa bersikap positif. Sebuah Hadis pernah menyatakan :

" Daripada Wathilah bin Al-Asqa' , ia berkata, " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman yang bermaksud : " Aku Tergantung kepada prasangka hambaKu kepada Ku. Apabila ia berprasangka baik kepada Ku, maka kebaikan baginya, dan apabila ia berprasangka buruk , maka keburukan baginya" ( Riwayat Ahmad dengan Sanad Hasan )

* KELEBIHAN BERSIKAP OPTIMIS:


   - Panjang Umur
   - Jarang-jarang  menghidap penyakit
   - Cepat sembuh sekiranya sakit
   - Kurang mengalami tekanan
   - Disenangi oleh masyarakat
   - Matang untuk bertindak sehingga memberi kebaikan kepada masyarakat dan orang sekelilingnya.

* Teringat seorang Cikgu Uzair pernah berkata : " Kita hendaklah bersikap Optimis pasti mengkagumi kerana  yang Abstrak bukan Realiti ....' Terimakasih Cikgu.......

Selasa, 15 Februari 2011

Gambar kenanagan

Prinsip Hidup

Assalamualaikum....
 Rahsia kekuatan diri kita sebenarnya terletak pada prinsip hidup yang terang, jelas lagi tersuluh. Pertamanya , hendaklah Ikhlas dalam apajua amalan yang dilakukan hanya kerana Allah dan kedua , buatlah amalan dengan betul berlandaskan Syarak. Barulah amalan kita di terima oleh Allah.

maulidurrasul