Isnin, 25 Oktober 2010

Ummati.....Antara harapanku

Kita perlu sekat arus deras yang berupa tamadun kebendaan dan peradaban yang penuh dengan hiburan dan pesona ini yang kini sedang melanda umat Islam.Arus ini menyebabkan umat Islam hanyut terpinggir daripada pimpinan Nabi Muhammad SAW dan petunjuk Al-Quran.Arus ini menyebabkan dunia ini tersisih daripada cahaya hidayah. Arus ini juga menyebabkan dunia ini mundur beratus tahun kebelakang. Kita akan sekat arus ini sehinggalah semua arus ini dapat dijauhkan daripada bumi kita dan bangsa kita dapat diselamatkan daripada segala bencana ini.